Wednesday, July 3, 2013

sejarah kg sg hj muhammad



MOTTO:
HIDUP PERPADUAN TANGGA KEJAYAAN

SEJARAH:







Nama Kampung Sungai Haji Mohammad ini adalah berasal daripada nama seorang tua yang mula-mula meneroka kampung ini. Pada awalnya tempat ini dijadikan penempatan nelayan di persisiran pantai iaitu di kuala sungai di tepi laut Selat Melaka. Penerokaan yang dilakukan oleh tiga keluarga yang berasal dari Tanah Seberang ( Batu Bara, Sumatera) telah mengusahakan penanaman paadi.
Setelah kampong ini dibuka, maka ramai orang tempatan dan pendatang lain bersama-sama berusaha untuk membuat ladang dan kebun. Oleh kerana kadar pertumbuhan penduduk yang begitu cepat maka mereka  telah membina sebuah masjid di kawasan yang berhampiran dengan kuala sungai tersebut.
Pertambahan penduduk yang begitu pesat menyebabkan penerokaan tanah yang lebih luas dilakukan kearah daratan.
Mengikut cerita lisan, kampung ini telah diketuai oleh Tuan Haji Muhammad sebagai ketua kampong pada ketika itu. Oleh yang sedemikian, penduduk kampong ini telah besepakat untuk memberi nama Kampung Sungai Haji Muhammad sempena nama pemimpin pertama mereka.

GAMBAR KAMPUNG:



 Logo Kampung




















No comments:

Post a Comment