Monday, July 15, 2013

Lawatan Kementerian Kewangan dan Kementerian Penerangan Putrajaya
dan FAMA IPOH ke Mini RTC SG HJ Muhammad




 AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN DITERUSKAN LAGI DENGAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID AL-WASTIAH SG HJ MUHAMMAD



Thursday, July 11, 2013


AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN 
SOLAT TARAWIH YANG DIPIMPIN OLEH IMAM MASJID AL-WASTIAH KG SG HJ MUHAMMAD PADA SETIAP MALAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN.
TADARUS AL-QURAN YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ AHMAD FAUZI DAN TUAN HJ MOHAMMAD NOH           

















Wednesday, July 3, 2013

Pondok Burung Tinggal Kenangan

Proses Penggantian batang paip Lembaga Air Perak. Pagar pondok  burung ini telah dirobohkan untuk membolehkan penggantian batang - batang paip ni. Alahai sedihnya tetapi demi mendapatkan bekalan air yang lebih baik perkara ini terpaksa dikorbankn





Sehari Bersama JPAM Hilir Perak di TABIKA KEMAS Sg Hj Muhammad

Pakcik JPAM sedang menyampaikan taklimat secara  interaktif supayadapat  menarik minat kanak-kanak ini.

Memang Interaktif.siap ada lagu-lagu supaya kanak-kanak dapat turut bersama-sama dengan taklimat dan tidak mengantuk 

MAKLUMAT ASAS KG SG HJ MUHAMMAD



PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG
                                                        
Nama Kampung Induk / JKKK:
Kg Sg Hj Muhammad

No Telefon:
05-6486284

No Faks:
05-6486284

Alamat Website:
sghjmuhammad.blogspot.com

Alamat Email:
sghjmuhammad@gmail.com

Alamat Surat Menyurat:

Medan Infodesa Kg Sg Hj Muhammad, Selekoh Perak
Poskod:
36200

Kampung Rangkaian 1:
Kg Parit Serong

Kampung Rangkaian 2:
Tebuk Pangkor

Kampung Rangkaian 3:
Kg Tebuk Mati

Kampung Rangkaian 4:
Tebuk Mukmin

Kampung Rangkaian 5:
Batu 22


Pelan Lokasi:















Pelan Lokasi Kg Sg Hj Muhammad                                                 

sejarah kg sg hj muhammad



MOTTO:
HIDUP PERPADUAN TANGGA KEJAYAAN

SEJARAH:







Nama Kampung Sungai Haji Mohammad ini adalah berasal daripada nama seorang tua yang mula-mula meneroka kampung ini. Pada awalnya tempat ini dijadikan penempatan nelayan di persisiran pantai iaitu di kuala sungai di tepi laut Selat Melaka. Penerokaan yang dilakukan oleh tiga keluarga yang berasal dari Tanah Seberang ( Batu Bara, Sumatera) telah mengusahakan penanaman paadi.
Setelah kampong ini dibuka, maka ramai orang tempatan dan pendatang lain bersama-sama berusaha untuk membuat ladang dan kebun. Oleh kerana kadar pertumbuhan penduduk yang begitu cepat maka mereka  telah membina sebuah masjid di kawasan yang berhampiran dengan kuala sungai tersebut.
Pertambahan penduduk yang begitu pesat menyebabkan penerokaan tanah yang lebih luas dilakukan kearah daratan.
Mengikut cerita lisan, kampung ini telah diketuai oleh Tuan Haji Muhammad sebagai ketua kampong pada ketika itu. Oleh yang sedemikian, penduduk kampong ini telah besepakat untuk memberi nama Kampung Sungai Haji Muhammad sempena nama pemimpin pertama mereka.

GAMBAR KAMPUNG:



 Logo Kampung